Thursday 30 June 2011

Khasiat Epal

Assalamualaikum murid-murid. Hari tuh kita da belaja pasal khasiat pisang. ok sekarang ni cikgu nak ajar plok tentang khasiat sebiji epal. Sape suke makan epal? Bagus !! Semua suke makan epal yer. ade banyak jenis epal sebenarnye. kite ade epal hijau dan epal merah . HAHA, banyak lagi sebenarnye, cume cikgu x sempat membace tentang perihal epal. main copy n paste jer keje.. Sorry eh * ok murid murid, sekarang cikgu nak huraikan ape yang dimaksudkan dengan buah epal. ape khasiatnye dan macam 2 lagi lah.


Memang tak dinafikan epal merupakan antara contoh buah2an yg berkhasiat tinggi. so tak hairanlah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh kita. ok antara khasiat yg terdapat dalam epal ni, banyak sebenarnya

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapatmelambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.


3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanserdaripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.


4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.


5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawalberat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.


6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yanghendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan








memakan sebiji epal ataw meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. kajian menunjukkan epal mengandungi elemen yang kesihatan phytonutrien yang boleh melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik. satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. kanak2 yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal ataw meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.



p/s :ok murid2, sekarang cikgu galakkan murid2 makan epal yer untuk sihat tubuh badan dan mencegah dari penyakit !! cikgu pun nak balik makan epal banyak2. HAHA









2 comments:

Miss Butterfly said...

epal untuk diet! :)

akoo_toomey said...

yeahh !! tapi kene makan byk epal la nk diet :)