Thursday, 30 June 2011

Khasiat Epal

Assalamualaikum murid-murid. Hari tuh kita da belaja pasal khasiat pisang. ok sekarang ni cikgu nak ajar plok tentang khasiat sebiji epal. Sape suke makan epal? Bagus !! Semua suke makan epal yer. ade banyak jenis epal sebenarnye. kite ade epal hijau dan epal merah . HAHA, banyak lagi sebenarnye, cume cikgu x sempat membace tentang perihal epal. main copy n paste jer keje.. Sorry eh * ok murid murid, sekarang cikgu nak huraikan ape yang dimaksudkan dengan buah epal. ape khasiatnye dan macam 2 lagi lah.


Memang tak dinafikan epal merupakan antara contoh buah2an yg berkhasiat tinggi. so tak hairanlah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh kita. ok antara khasiat yg terdapat dalam epal ni, banyak sebenarnya

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapatmelambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.


3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanserdaripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.


4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.


5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawalberat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.


6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yanghendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan








memakan sebiji epal ataw meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. kajian menunjukkan epal mengandungi elemen yang kesihatan phytonutrien yang boleh melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik. satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. kanak2 yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal ataw meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.



p/s :ok murid2, sekarang cikgu galakkan murid2 makan epal yer untuk sihat tubuh badan dan mencegah dari penyakit !! cikgu pun nak balik makan epal banyak2. HAHA









Monday, 27 June 2011

Entry ke 6

Pencuri

selamat petang !! kite kembali bersiaran di petang hari ini *sambil membetulkan duduk dan menghirup tea*berangan semata mata okkay :)*ok ok. nak cite ni. tadi kan sedap2 dok tido, pastu vunyi la bergetar kat tilam, sampai masuk dalam mimpi ni haa.. pastu kan, terkejut. *mate tutup lagi ni, sayang nak bukak.* tangan jer dok meraba-raba cari henpon. jumpa la.. tgk2 si aini dok msg. selalu jer kacaw bile aku nak tido. mentang2 la aku ni kuat tido.. pstu bukak la mate slow2. cmni haa msg dye

aini :de hot story . de blk kene masok pencuri semalam
aku : bilik mane *malas nak taip panjang2, mamai lagi*
aini : bilik R 103, guest kolej komuniti yang paling hensem skali
aku : haha, hensem ke? ape hilang? *serius malas giler nak taip msg.*
aini : ala, guest yang hensem skali la.. lektop, i phone, kmera,mp4. lebih kurang 11 ribu rugi.
aku : da cek cctv?
aini : ............. *sibuk la tu x reply msg aku..*

ingat nak smbung tido, last2 perut meragam. terpakse la melaburkan ape yang dimakan semalam *kutur sangat.* lepas tu x jadi nak tido sebab x ngantuk


     
Yang aku pelik, macam mane pencuri tu boleh masuk? sebab cctv ade tapi pencuri kalau nak curi sumthing, ape care sekali pun dia akan masuk, gune otak jahat dia nak masuk mencuri. ni ihsan encik google jerw ni. rekaan semata-mata



lepas tu abang 'hensem' yang aini cakap dengan aku, sape hah?? xpenah lagi bersua muka sepanjang dye cek in kat sini. tapi bukan mamat dalam pix ni la.. ni aku copy n paste jer. orang sebenar serius aku tak tahu.



ni antara barang-barang yang hilang. kamera tuh. kalau jual da berape dah.giler !! bapak mahal kamera ni. gaji aku sebulan pun belum tentu lagi boleh beli kamera ni.



 i phone -OMG !! ramai yang berangan nak pakai yang ni sebab semua kemudahan ade dalam tu. fb,msn ape lagi function dye aku xtahu. aku bukan peminat i phone ni *tipu jer tapi kalau orang bagi nak la :)*



ni satu lagi, mp4. aiyok semua barang2 branded. mampo beli. patot la si nok tu cakap dalam RM11 ribu jugak yang rugi. kesian abang tu kan. tapi kan dia dok sorang2 jer dalam bilik tu. xde teman. mungkin jugak encik pencuri tu da survey kot. *berfikir lagi,* camner la en pencuri tu tahu bilik abang hensem tu banyak barang2 mahal?


tapi tu la kan. tadi masuk2 keje, sibuk la manager duk cek cctv. mmg ade nampak encik pencuri tu masuk melalui cafe yang slalu kiteorg makan. wajah x clear sangat. kita da buat laporan polis. siasatan polis pun sedang dijalankan. *wah, gtew kanzz..* erm tapi bile jumpe abang tu, serius la"hensem" tak giler. ahaha sweet pun ade jugak . sopan sangat dia. *jatuh hati da. hahaha.* dia cakap la dengan aku n aini. "saya xtahu da nak pikir ape, blur sangat. sekejap jer bende tu berlaku" . dalam hati *uhhh, cair. haha.* ok ok. fokus !!!!!! tapi kesian sangat la sebab sebelum ni pun tak de ape2 pun yang berlaku kat hotel aku :'( *tumpang simpati*


p/s : kepada en pencuri tu, kitaorg buat sembahyang hajat, bio xleh duduk diam gtew. *macam barang aku pulak yang hilang.* Sila kembalikan barang yang anda ambil dari abang hensem tu. kuikuikui <3



Sunday, 26 June 2011

Entry ke 5

Khasiat Pisang 

selamat pagi cikgu. HAHA. ok murid2, hari ni kita belajar tentang pisang yer. cikgu nak tanye sape suke makan pisang, sila angkat tangan macam saya *ala-ala usop wilcha gtew. HAHA *gedikss. ok la. nk taw pisang ni mmg banyak khasiat. nnti aku copy  n paste kan sebab malas nak taip la :)

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini.


Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.


Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.




   * aku x tahu la ni pasang jenis ape tapi nampak sedap *



Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,”

Terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. 

Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,”

Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,"

p/s : rajin - rajin la makan pisang ye uols. pisang is healthy :)JANGAN PIKIR 'PISANG' LAIN OKAY DEAR

Saturday, 25 June 2011

Entry ke 4

sesungguhnya kita mesti wujudkan persefahaman dan homat menghormati. ikhlas kasih, insyaAllah kita akan bertemu semua :) Gonna miss u <3

Friday, 24 June 2011

Entry ke 3

CINTA ITU INDAH

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Alyah - Kisah Hati

holaaa !! ni entry ke 3 aku. xtaw nak buat ape sebenarnye. main post jer la. tgk tajuk kat atas tu. wink2. KISAH HATI- ALYAH..1st time dengar memang bese2 jer. 2nd time dengar mula la naik kusyuk. HAHA, ntah pape.. Erm, best la lagu die. jiewang sangat !! dengar banyak kali pun x boring !! SERIUS :)



video

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

ni aku sediakan skali lirik. xtahu la takot korang layan belog aku ni, nak nyanyi skali kan !! xmoe nyanyi pon takpe, dengar jer. touching giler !! kuikuikui . same dengan lagu aku buat dekat belog aku nim !! xtahu la muzik saame ker x bile korang dengar. Arasso :)

This is me


assalamualaikum !! hai.. lame x update belog aku nih *tipu sangat* HAHA, exceli ni entri kedua sempena belog baru dicipta ini. kuikuikui. ok sebenarnya aku nak memperkenalkan sape aku kat korang !! HAHA. lawak giler. macam x kenal kan. tapi rase semua da kenal especially yang da kenal *ok fine, da start mengarot* this is me.


*pinjam ebook adik aku ni sbb nak upload dlm fb :P*


ni aku yang no.2 lak. tengok betul2, tang mana? tang pipi. waaaa ;'( . i'm getting chubby !! sob sob sob !! tu lah kau, sape suh makan banyak ? kang da chubby. nak tahu korang ? ari tuh kan aku timbang, paling sikit la 69.5 kg, sekarang da naik sampai 74 kg, aiyokkk.. pitamzz.. berape tu eh naik dalam sehari *ambik kalkulator nak kire jap* sekarang ni tengah berdiet sbb nak kurus !! sunggh sengoti nih. tapi tu lah, makan sape la nak tolok. org yg sakit jer tolak makan *aishh melalut bab makan lak..*
ni lak aku no 3. baju still same sbb hari yang same jgk snap gambar nih. so, ni snap *muke chubby*. bute la kalau sape x tengok tang pipi tu. isi makin lebar.. haiyaa.. manyak sedih taw ..hukhukhuk. so sekarang ni ntah la. exceli nak kempiskan perut jer. badan pon skali.. benci benci benci benci .HAHA, benci benci pun still makan taw. alas perut *katanya* okeyh dear, got to gow now !! next time for 3rd entry :) *muaahhh




p/s : tulah kan, kalau x banyak makan, xla chubby macam ni. HAHA *menyerlah sangat kaler kan !!

Monday, 13 June 2011

Membukakkan Akaun Baru

assalamualaikum korang *x jawab doa. gtew kanzz.. HAHA, sorry guys, erm , exceli aku nk bgtahu korang jer, aku bukak akaun baru neyh. sebab akaun lame asik minta verify je, so aku xtahu sebab blog tuh member aku yang create.. so memang xtahu ape2 ttng password yang dia reka. asik mtk verify email jer. natang aku xtahu bende2 *ayat ganu sket boh !! haha
then malas la kan, so fikir2 balik, decide nak buat akaun baru la. nanti boleh inform pade member2 yang dah follow aku tuh. hoho.. tapi kan malas la pulak nak mintak fllower kite nih. nanti boleh la bercorat coret dalam ni banyak lagi. got to go now !!